Difahamkan, kanak-kanak berkenaan tinggal bersama ibunya di Flat UDA di Tanjung Tokong di sini manakala bapanya pula kini berada di London dipercayai atas urusan kerja.

Sementara itu, bapa saudara kepada kanak-kanak terbabit yang mahu dikenali sebagai Sharul berkata, anak saudaranya itu telah dijumpai di rumah bapanya yang terletak di Seberang Perai hasil bantuan orang ramai.

Kes kehilangan mereka juga dikatakan sudah berada di bawah pengetahuan pihak polis yang kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berlaku - K! ONLINE