Sebelum dilaporkan hilang pada pukul 4 petang, Muhammad Zaidanie Amsyar Zaidi, 6, dan adik lelakinya, Muhammad Zaidanie Amar, 4, dikatakan bermain di tebing sungai berhampiran rumah nenek­nya, Rogayah Ibrahim, 60, di Kampung Alur Limbungan.

Ibu saudaranya, Roslinda Zakaria, 39, berkata, dua anak saudaranya yang merupakan murid Tadika Kemas Gong Gemia di Paka mendakwa mereka memasuki sungai berkenaan yang ketika itu agak cetek selepas tertarik dengan kelibat seekor ikan bersaiz besar yang berenang.

“Zaidanie Amsyar men­dakwa, dia dan adiknya mengekori ikan yang tidak diketahui jenisnya tersebut sehingga memasuki ka­wasan paya bakau yang terletak kira-kira 800 meter dari lokasi terakhir mereka bermain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.