Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Lokman Abd. Samad, 20, dan adiknya, Mohamad Raihan, 6, pergi ke tali air berkenaan bersama seorang lagi adik-beradik mereka, Kamarudin, 18.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, sewaktu ketiga-tiga beradik itu sedang mandi, mereka dipercayai telah dihanyutkan air yang
berpusar.

"Tiga beradik itu cuba berenang ke tepi dan semasa hampir sampai di tebing, Lokman dan Mohamad Raihan telah lemas. Mereka cuba diselamatkan oleh Kamarudin namun gagal apabila pegangan tangan tangan antara mereka terlepas," katanya.

Mayat Lokman bagaimanapun ditemui oleh pasukan bomba dan penyelamat pada pukul 4.52 petang kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Sehingga kini, adik mangsa, Mohamad Raihan, 6, masih belum dijumpai dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. - K! ONLINE