Perintah reman ke atas ke­dua-dua lelaki berusia 24 dan 35 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Mas Azmi­min Ahmad kira-kira pukul 11 pagi.

Permohonan reman yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim dibuat bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua lelaki itu diwakili peguam Fadhli Sutris.

Anggota polis masing-ma­sing berpangkat lans koperal dan koperal itu disyaki berpakat meminta rasuah RM800 daripada seorang lelaki ketika kereta dipandunya bersama seorang pekerja lelaki warga Bangladesh ditahan berhampiran Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.