Anggota polis masing-masing berpangkat lans koperal dan koperal terbabit disyaki berpakat meminta rasuah RM800 daripada seorang lelaki ketika kereta dipandunya bersama seorang pekerja lelaki warga Bangladesh ditahan berhampiran Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Perbuatan itu dipercayai sebagai balasan untuk tidak menahan pekerja lelaki itu dengan mendakwa salinan Enforcement Card (E-Kad) warga asing tersebut tidak sah.

Suspek berusia 24 dan 35 tahun ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini antara pukul 4.30 petang hingga 5 petang semalam.

Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Mas Azmimin Ahmad kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Permohonan reman yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Khairi Abdul Karim dibuat bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek diwakili peguam Fadhli Sutris. - K! ONLINE