Sumber SPRM berkata, suapan dalam dua transaksi tersebut dipercayai bertujuan untuk melepaskan seorang suspek kes dadah yang gagal dalam ujian urin daripada tindakan undang-undang.

"Suspek pertama yang merupakan anggota polis berpangkat Koperal di tahan di perkarangan Hospital Besut pada pukul 4.45 petang semalam.

"Penahanan suspek pertama kemudiannya membawa kepada penangkapan suspek kedua yang juga rakan setugas berpangkat Koperal tidak lama kemudian," katanya kepada Kosmo! di sini  hari ini. - K! ONLINE