Dalam tangkapan pada pukul 2 petang itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

Difahamkan, kumpulan terbabit aktif sejak awal Januari tahun ini dan kedua-dua mereka yang masih bujang tersebut bekerja sebagai mekanik di sekitar Gombak.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kedua-dua suspek warga tempatan yang ditahan berusia antara 33 dan 27 tahun.

"Hasil semakan rekod lampau mendapati,  suspek berusia 27 tahun tersebut mempunyai 41 rekod jenayah berkaitan curi kereta(24), kes dadah(8), curi motosikal (4), pecah cermin kereta (4) dan pecah rumah (1).

"Sementara suspek berusia 33 tahun mempunyai dua kes berkaitan dadah dan kedua-dua mereka juga positif dadah jenis ganja," katanya dalam sidang akhbar di IPD Sungai Buloh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, bertindak atas maklumat polis telah berjaya merampas enam buah kenderaan yang disyaki dicuri kedua-dua suspek di sekitar Lembah Klang.

"Kumpulan ini menyasarkan kenderaan lama seperti Proton Wira, Satria dan Perodua Kelisa yang diletakkan di kawasan lot kedai dan kondominium sebelum mengumpil pintu serta memotong wayar suis.

"Kereta yang dicuri akan dijual dengan harga RM500 hingga RM1,000 selain menjual alat ganti kenderaan yang dilarikan tersebut kepada pelanggan," ujarnya.

Katanya, pihak polis kini sedang memburu seorang lagi ahli kumpulan terbabit yang berusia dalam lingkungan 30-an. - K! ONLINE