Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Hamisah (Tanjong Batu) kelihatan tiba di kediaman Mohd. Shafie kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

Difahamkan, kedua-dua pemimpin tersebut menyusup dari pintu belakang kediaman Mohd. Shafie bagi mengelak daripada rakaman lensa kamera pihak media.

Semalam, kediaman Mohd. Shafie dikunjungi Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO), Datuk Wiflred Madius Tangau yang juga ahli Parlimen Tuaran bersama Setiausaha Agung UPKO, Donald Peter Motunjin.

Wilfred Madius membuat kejutan apabila mengumukan UPKO keluar daripada BN dan menyokong usaha pembentukan kerajaan negeri oleh Warisan. - K! ONLINE