Ini merupakan lawatan kedua Dr. Mahathir ke negara Matahari Terbit itu selepas pertama kali ke sana pada 10 Jun lalu selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam lawatan tiga hari itu, beliau mengadakan lawatan kerja di Tokyo.

Wisma Putra dalam satu kenya­taan berkata, Dr. Mahathir akan diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dan Menteri Pe­ngangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Semasa lawatan itu, beliau dijadualkan akan menyampaikan ucaptama di Japan Future Leaders School dan Institut Kepimpinan Asia Kyushu.

Wisma Putra ber­kata, Dr. ­Mahathir juga akan bertemu de­ngan Penasihat Khas, Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi dan melawat ke Pusat Penciptaan Keselamatan Syarikat Kereta Api Kyushu dan Taman Teknologi Groovenauts Inc. di Fukuoka dan Universiti ­Ritsumeikan di Oita.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.