Kenyataan Wisma Putra menyebut, lawatan itu akan menyediakan tonggak strategik baharu dalam mencergaskan kerjasama di masa depan antara kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang politik, perdagangan, pelaburan, pertanian, teknologi dan keselamatan serantau.

“Malaysia dan China akan terus mengekalkan hubungan dua hala yang akrab dan menyeluruh,” menurut kenya­taan itu.

Wisma Putra berkata, lawatan rasmi bermula hari ini sehingga 21 Ogos itu adalah atas undangan Perdana Menteri China, Li Keqiang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.