Beliau berkata, ini kerana, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedar bahawa rasuah terutamanya rasuah politik, telah menjejaskan proses demokrasi dengan begitu teruk.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan baharu pimpinannya juga menyedari bahawa adalah mustahil untuk menghapuskan sepenuhnya amalan rasuah di negara ini.

"Sebagai contoh, pilihan raya (PRU14) sepatutnya berjalan secara bebas dan bersih tetapi kami dapati pilihan raya kali ini tidak bersih langsung. Rakyat dibeli.

"Sempadan kawasan pilihan raya negara ini diubah, semua ini lebih teruk daripada 'gerrymandering'. Ia jelas sekali untuk memberi kelebihan kepada kerajaan (sebelum ini)," katanya pada sidang berita khas di sini, hari ini. - Bernama