Sejak beberapa tahun lalu, Dorsett Putrajaya dan MAH telah bekerjasama menganjurkan majlis itu yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Pengurus Besar Dorsett Putrajaya, Alfred Paulsen berkata, pihaknya tidak pernah melupakan golongan kurang bernasib baik termasuk anak-anak yatim untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Raya.

“Sejak dibuka pada tahun 2016, Dorsett Putrajaya sentiasa mahu meraikan dan berkongsi kegembiraan dengan pelbagai komuniti masyarakat.

“Saya percaya dengan program seumpama ini mampu memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat korporat lain untuk menyumbang sesuatu kepada komuniti,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Pengerusi Dorsett Hospitality International, Datin Jasmine Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Tudung Kini Sdn. Bhd., JC Ng dan Pengasas Rumah Anak-Anak Yatim AT-TAQWA, Norhayati Wan Adib. - K! ONLINE