Kejadian itu disedarinya kira-kira pukul 5 petang ketika beliau sedang dalam perjalanan balik ke hotel penginapannya.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa meletakkan dompetnya di atas 'buggy' dan dijaga oleh seorang kedi.

"Bagaimanapun, beliau menyedari dompetnya hilang dan mengesyaki dilarikan kedi berkenaan memandangkan kelibatnya tidak kelihatan selepas itu.

"Kad pengenalan, lesen memandu kelas D, kad pesara kerajaan, kad ATM Alliance Bank, pas lawatan imigresen dan wang tunai RM1,000 yang berada di dalam dompet itu hilang," katanya di sini sebentar tadi.

Difahamkan, beliau akan menyertai pertandingan Golf Fun Borneo Championship antara Brunei, Sabah dan Sarawak di Damai Golf Club, Santubong di sini hari ini.

Kata sumber, polis sedang giat memburu lelaki berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. -  K! ONLINE