Menurut Pengurus Besar Kanan Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree, projek itu memberi peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada individu yang telah berbakti kepada keluarga dan masyarakat pada bulan Ramadan seperti anggota bomba dan polis.

“Menerusi projek ini, sepotong piza akan didermakan kepada Wira-wira Di Sebalik Tabir dengan setiap pembelian set Kombo Ramadan bermula 17 Mei 2018 hingga 3 Jun 2018.

“Justeru, kami berharap dapat mengumpul lebih daripada 3,000 kotak piza dalam tempoh tiga minggu menerusi projek ini yang akan diagihkan kepada lebih 10,000 Wira-wira Di Sebalik Tabir dan kanak-kanak kurang bernasib baik sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul memberitahu, melalui projek amal tersebut, pelanggan boleh menikmati dua tawaran kombo Ramadan iaitu Ssamjeang Buddy Combo dan Ssamjeang Super Combo dengan harga RM39.90 dan RM59.90 untuk satu set.

Domino’s turut memperkenalkan promosi Super Tuesday setiap hari Selasa, yang menawarkan pizza saiz peribadi berharga serendah RM3.90 untuk pesanan dalam talian dan RM4.90 untuk pesanan kaunter.  

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.dominos.com.my.- K! ONLINE