Hakim Zaman Mohd. Noor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Dr. Ting Teck Chin, 38, di akhir pendakwaan.

“Terdapat percanggahan ke­terangan di antara pakar bius dan pakar autopsi dari segi punca kematian si mati. Pakar bius mengatakan kematian di­sebabkan wujud serangan jantung (cardiac arrest) berikutan penggunaan lebihan bius (over sedation), manakala pakar autopsi berpendapat kematian disebabkan oleh alahan dengan ubat bius.

“Oleh yang demikian, tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Teck Chin didakwa telah menyebabkan kematian Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, dengan mengetahui bahawa perbuatannya itu mungkin menyebabkan kematian mangsa.

Tertuduh yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur didakwa me­lakukan kesalahan itu di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfields di sini antara pukul 6 petang dan 9.05 malam pada 1 Jun 2016.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.