Dalam kejadian pukul 9.35 pagi itu, mangsa, Azimuddin Ismail, 29, yang bertugas di Klinik Kesihatan Palong 9,10,11 meninggal dunia akibat parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim, berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta Perodua Viva dalam perjalanan dari arah Keratong ke tempat kerjanya.

"Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan. Kenderaan mangsa kemudian berpusing dan terbalik di kanan jalan.

"Mangsa yang cedera parah pada kepala dikejarkan ke Hospital Jempol sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan hospital itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut berhubung nahas itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE