Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat atas katil itu daripada pekerja hotel berkenaan kira-kira pukul 2 petang.

“Kami menemui jarum suntikan pada tangan kiri lelaki itu. Siasatan mendapati dia memasukkan cecair sodium klorida ke dalam tubuh menggunakan jarum suntikan itu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk proses bedah siasat.

Kata beliau, punca kematian mangsa tidak dapat dikenal pasti berdasarkan laporan bedah siasat dan kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut setakat ini - K! ONLINE