ARUL
ARUL

Beliau berkata, saman pelucutan hak aset belum lagi didengar sejak sidang akhbar sensasi pada Julai 2016 dan pada Mac lepas. DOJ meminta lanjutan enam bulan lagi yang akan berakhir pada September depan.

“Jika DOJ mempunyai kes yang kuat, kenapa masih tiada perbicaraan selepas dua tahun?

“Bagi saya, penghakiman yang lewat, keadilan dinafikan. Jika memang ada kes yang kuat dan sah, biarkan ia didengari,” katanya kepada pemberita selepas bercakap mengenai isu 1MDB di sini malam kelmarin.

DOJ mendakwa sebelum ini dana AS$4.5 bilion (RM17.53 bilion) wang cabang pelaburan strategik itu telah disalahgunakan dari tahun 2009 hingga 2015.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.