Beliau berkata, DOJ sangat aktif dalam mendedahkan dan melatih para hakim dan pegawai kehakiman untuk menangani jenayah moden seperti pengubahan wang haram, penipuan mata wang kripto, keganasan dan pemerdagangan manusia.

DOJ mula memberi latihan berkenaan sejak tahun lepas.

"Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) ialah satu lagi organisasi antarabangsa yang sangat membantu badan kehakiman kita terutama dalam menangani litigasi kepentingan awam.

Universiti-universiti tempatan juga membantu. Latihan ini mengambil masa untuk matang. Kita perlu ingat bahawa Putrajaya bukan dibina dalam sehari," kata beliau dalam ucapannya pada majlis pelancaran pembukaan Tahun Perundangan 2019 di sini.

Ketua Hakim Negara berkata, Akademi Kehakiman Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah menganjurkan latihan dalaman untuk hakim dalam beberapa bidang undang-undang. - Bernama