Pengarah Komunikasi DJI Global, Kevin On berkata, kedua-dua model itu hadir selepas kejayaan Mavic Pro yang dilancarkan dua tahun lepas.

Katanya, Mavic Pro berjaya mengubah pandangan orang ramai terhadap dron dan ia berjaya memberi ruang untuk seseorang itu berkarya dengan menggunakan teknologi tersebut.

“Hari ini, kita memasuki era baru dalam dunia fotografi udara dengan pengenalan Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom. 

"Ia membolehkan pengguna membawa inspirasi dan kreativiti mereka ke tahap yang lebih tinggi”, katanya ketika majlis pelancaran produk terbaharu DJI di Kelab Golf Tropicana dan Country Resort  hari ini.

Tambahnya, Mavic 2 dicipta dengan menerapkan konsep teknologi terbaharu iaitu kamera “gimbal-stabilized” dan ciri pintar tercanggih seperti “Hyperlapse” dan “ActiveTrack” untuk memudahkan penggambaran yang lebih dinamik.

Mavic 2 Pro ditawarkan pada harga RM6,599 manakala Mavic 2 Zoom pula pada harga RM5,699. - K! ONLINE