Serangan ala samseng oleh lelaki berseluar pendek dan rambut berserabut itu dilakukan dari belakang ketika pekerja SUKE itu berjalan meninggalkan lokasi tempat dia menegur seorang pemilik kenderaan agar mengalihkan keretanya.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pergaduhan berkaitan tempat letak kende­raan itu tercetus pada pukul 4.39 petang apabila mangsa yang berusia 25 tahun meminta seorang lelaki warga tempatan mengalihkan kenderaan milik­nya yang diletakkan di laluan keluar masuk tapak projek SUKE.

“Permintaan mangsa itu mencetuskan kemarahan pemilik kereta Proton Persona ber­kenaan yang kemudian menghubungi rakannya untuk datang ke lokasi tersebut bagi membantunya menyelesaikan pertengkaran itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.