Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, lelaki berusia 23 tahun itu kini ditahan reman sehingga 6 Ogos depan untuk disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

"Pemeriksaan ke atas pistol bertulisan Glock 19 Austria itu mendapati ia adalah senjata palsu yang 100 peratus menyerupai yang asli," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini. - K! ONLINE

Mohamad Noor menunjukkan pistol palsu yang dirampas.
Mohamad Noor menunjukkan pistol palsu yang dirampas.