MESB dalam kenyataan berkata diskaun tol itu adalah untuk semua kelas kenderaan, yang menggunakan lebuh raya berkenaanbermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 1 Jan.

Pengendali lebuh raya itu menganggarkan lebih 108,000 ribu kenderaan akan menikmati laluan diskaun itu.

Maklumat lanjut mengenai tawaran diskaun dan laporan trafik boleh diperoleh menerusi akaun MEXTraffic di laman Twitter dan Facebook atau dengan menghubungi MEX Hotline, 03-83159111. - Bernama