Tertuduh Hashim Karim, 68, mengaku bersalah me­lakukan perbuatan tersebut terhadap bayi yang diasuh oleh menantunya di sebuah rumah teres di Seksyen 24, Shah Alam, Selangor pada 20 Ogos lalu.

Hakim Muhammad Kamil Nizam membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin supaya mengenakan hukuman yang berat terhadap tertuduh yang telah menyebabkan kecederaan kekal terhadap mangsa.

“Kesalahan itu sa­ngat serius apatah lagi ia berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 11 bulan. Pakar juga mengesahkan bayi yang seperti cucu kepada tertuduh mengalami kecederaan kekal pada selaput daranya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.