Mohd. Zuki, 50, yang bekerja sendiri itu koma selama 20 hari selepas terlibat dalam satu kemalangan di daerah ini pada hujung Februari lalu. 

“Saya tidak dapat mengingati kejadian sebenar ketika ditimpa kemalangan dan hanya tersedar selepas koma selama 20 hari. Doktor beritahu saya mengalami patah tulang rusuk sebelah kiri, pecah rahang serta koyak tisu tangan kanan. 

“Selepas dua bulan kejadian tersebut, saya masih tidak dapat menggerakkan tangan kanan dan tidak dapat bekerja kerana masih belum sihat sepenuhnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini. 

Mohd. Zuki yang juga merupakan bapa tunggal kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia sangat terharu dengan kesudian calon Parlimen Dungun dan calon Dewan Undangan Negeri, Datuk Zainun A. Bakar mengunjunginya meskipun sibuk menjelang musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

“Terima kasih diucapkan mereka berdua yang sudi menjenguk saya di rumah. Sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya untuk menghadapi ujian ini,” ujarnya. 

Terdahulu, Din dan Zainun turut menziarahi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang sering diserang sawan, Wan Muhammad Omar Wan Zailany. - K! ONLINE