Junainah Othman, 40, berkata, dia dan suaminya, Zulkifli Yunus, 45, mengambil Nurul Jannah Abdullah, 7, yang merupakan anak pendatang asing tanpa izin sebagai anak angkat mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Nurul Jannah telah menamatkan persekolahannya di tahun satu di Sekolah Kebangsaan Meraga Beris tetapi permohonan untuk ke tahun dua ditolak oleh pihak sekolah kerana perlu ada pasport dan sijil nikah ibu bapanya,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Ibai Penunjuk, Kijal di sini semalam.

Junainah yang merupakan peniaga keropok berkata, ibu kandung anak angkatnya bernama Noor Aishah Karsor, 32, yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Pulau Kambing, Kuala Terengganu telah dihantar pulang ke negara asalnya manakala bapanya, seorang warga Bangladesh tidak dapat dikesan.

Ceritanya, dia dan suaminya sudah tiga kali pergi ke Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur untuk memohon pasport bagi anak angkatnya untuk meneruskan persekolahan namun gagal.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.