Penahanan suspek lelaki berusia 45 tahun itu dilakukan pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek dikatakan sedang menuju pelanggan di paya bakau itu yang menjadi antara lokasi pengedaran dadah.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek telah mengedar dadah di sekitar kawasan berkenaan sejak enam bulan lalu.

“Hasil pemeriksaan menemui 17 paket lut sinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 375.81 gram dianggarkan bernilai RM11,274.30 di dalam beg milik suspek.

“Suspek yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri itu juga didapati positif dadah jenis Mop,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas beliau, suspek kini direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE