RUU itu lulus selepas undian suara dibuat dan akan dibawa untuk diper­kenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Seramai 32 Senator BN dan tiga (Pas) daripada 55 ahli Dewan Negara semalam tidak membantah RUU tersebut sekali gus membolehkan SST menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Senator BN, Khairul Azwan Harun berkata, Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan menyatakan, RUU kewangan jika tidak diluluskan di Dewan Negara boleh dibawa terus untuk diperkenan Yang di-Pertuan Agong tanpa perlu dibahas semula.

“Itulah hakikatnya kalau kita tak sokong sekalipun, ia tetap berjalan.

“Kita tak melewatkan perkara ini kerana kita tak mahu mengganggu kerajaan mengutip pendapatan untuk urus tadbir. Rata-rata Senator melepaskan atau mengizinkan diluluskan di Dewan Negara,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Empat lagi RUU yang dibentangkan semalam adalah RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018, RUU Kastam 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.