Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan rakyat tetap mendapat manfaat sewajarnya.

"Ia (jumlah barangan) mungkin bertambah atau mungkin juga berkurang. Namun, secara amnya kita boleh jangka ia tidak akan berkurang tetapi saya tak mahu bagi jaminan untuk sesuatu yang saya belum dapat maklumat terperinci.

"Kerajaan ini adalah kerajaan yang tak nak bagi janji kosong. Saya tak nak bagi jawapan am sahaja, secara ikhlas kita nak berdepan dan tak mahu sembunyi-sembunyi," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Negara hari ini.

RUU itu kemudiannya diluluskan untuk bacaan kali ketiga dengan undian suara majoriti di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran. - Bernama