Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Noor Mohd. Farhan Mohmad Noor difahamkan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Bandar Satelite di sini.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku semasa angin kencang kira-kira 15 minit sebelim hujan lebat.

"Mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 dipercayai dalam perjalan pulang ke rumahnya di Keratong 1 Bandar Tun Razak di sini.

"Ketika tiba di lokasi kejadian sebuah pokok jenis akasia tinggi kurang dua meter telah tumbang dan menghempap mangsa menyebabkan dia maut ditempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk bedah siasat. - K! ONLINE