Lebih menyukarkan apabila mereka terpaksa menggunakan air telaga, air sungai dan air hujan yang tidak terjamin mutu kebersihannya.

Penduduk kampung berkata, mereka sudah jemu membuat aduan kepada pihak Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) kerana sehingga kini masalah mereka tidak pernah selesai.

Justeru itu, mereka mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan juga pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli untuk turun padang melihat masalah yang dihadapi mereka sekian lama.

Salah seorang penduduk, Yarodah Rapo, 42, pula berasa malu apabila pakaian seragam sekolah anaknya berwarna kekuningan akibat air karat selepas dibasuh menggunakan air telaga.

"Kami berharap semoga kerajaan baharu Pakatan Harapan dapat menyelesaikan masalah yang kami bangkitkan sejak sekian lama," katanya.