Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz berkata, wabak itu kebanyakannya berlaku di sekitar taman perumahan di Jalan Yakin dan notifikasi pertama diterima pada 9 Mei lalu.

“Tiga daripada kes itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) di Kluang dengan satu kematian dilaporkan pada 9 Jun lalu.

“Hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan di kawasan wabak mendapati punca utama kejadian itu adalah disebabkan pem­bia­kan nyamuk aedes yang tinggi di kawasan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Selahuddeen berkata, rumah-rumah kosong yang bersemak samun dan kurangnya kerja­sama daripada penduduk semasa anggota kesihatan melaku­kan aktiviti semburan kabus (fogging) merupakan antara faktor pe­nyum­bang uta­ma wabak ber­kenaan.

Beliau menambah, an­tara faktor lain adalah penjagaan kebersihan persekitaran kediaman yang tidak memuaskan dan pembiakan aedes masih ditemui walaupun pemilik sudah dikenakan kompaun sebelum ini.

Katanya, pihak Jabatan Kesihatan sudah melaksanakan pelbagai usaha untuk membanteras penularan demam denggi termasuk melakukan pe­meriksaan dan penghapusan tempat pembiakan (PTP) secara berterusan bermula tarikh notifikasi sehingga kini.

“Satu aktiviti walkabout turut diadakan di Taman Sri Lambak bagi meninjau keberkesanan aktiviti kawalan pada 10 Jun lalu.

“Selain itu, aktiviti Larvaciding, Semburan Ruang Thermal (SRT) serta Semburan Ultra Low Volume (ULV) di sekitar kawasan wabak dilakukan setiap lima ke tujuh hari dan aktiviti kawalan ­terus dipergiatkan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.