Mangsa, G. Ganesh, 39, ditembak dua individu yang menunggang sebuah motosikal ketika dia sedang menunggu anak lelakinya pulang dari sekolah.

Sumber berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap dan aktif mengedar dadah di sekitar Bukit Serdang.

“Siasatan turut mendapati mangsa sebelum ini merupakan seorang gengster di Seremban, Negeri Sembilan namun selepas berpindah ke Bukit Serdang sejak 15 tahun lalu, dia dikatakan tidak aktif dalam kumpulan samseng sebaliknya bergiat dalam kancah pengedaran dadah.

“Mangsa mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan curi. Setakat ini, pere­butan kawasan mengedar dadah serta dendam lama dipercayai motif mangsa ditembak mati dua suspek yang belum dikenal pasti identiti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya lagi, siasatan berhubung kes tersebut masih dijalankan termasuk mengesan suspek yang terlibat.

Kosmo! semalam melapor­kan seorang lelaki yang sedang me­nunggu anaknya pulang dari sekolah mati akibat ditembak dua individu di perhentian bas hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.