Bagi menambah keterujaan anda, syarikat pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC) bakal mengadakan siri jelajah istimewa sempena filem animasi kegemaran ramai, Boboiboy Movie 2 di 25 buah pawagam sekitar Semenanjung Malaysia pada 8 hingga 12 Ogos ini.

Menurut GSC, orang ramai boleh menyertai pelbagai aktiviti dan permainan yang menawarkan hadiah menarik sepanjang siri jelajah itu berlangsung.

Katanya, antara aktiviti yang ditawarkan ialah Galaksi Berliku, Roda Elemental, Kebenaran Hilang! Dan Memori Ok?.

“Kesemua permainan ini bakal menguji kemahiran berfikir, kelajuan serta ketepatan untuk melaksanakan sesuatu ujian.

“Lebih menarik, kesemua permainan ini boleh disertai seisi keluarga! Jadi jangan lepaskan peluang untuk memberi keseronokan istimewa kepada anak-anak anda,” katanya.

Boboiboy Movie 2

Dalam pada itu, GSC memberitahu, bermula 25 Ogos, peminat filem Boboiboy Movie 2 boleh mengumpul koleksi figura watak utama dalam filem tersebut.

Ujarnya, koleksi yang terdiri daripada watak Gempa, Ais, Yaya, Halilintar, Blaze, dan Solar itu adalah edisi terhad. Sangat rugi jika anda terlepas mengumpulnya.

“Tiga figura iaitu Gempa, Ais dan Yaya akan mula dijual bermula 25 Ogos manakala selebihnya boleh dibeli bermula 1 September di GSC sahaja.

“Jadi jangan lupa dapatkan kesemua koleksi ini yang turut boleh dijadikan hiasan tambahan pada penutup botol minuman anda. Ia dijual pada harga RM22 bersama set combo, manakala RM18 bagi a la carte,” katanya.

Sementara itu, koleksi itu juga boleh didapati secara kombo apabila anda membeli tiket wayang dalam talian.

Set kombo tersebut ialah Kombo 1 (RM22), Kombo 2 (RM48), E-Kombo (RM95), Ala-Carte (RM18) dan kesemuanya kini boleh didapati di semua pawagam GSC kecuali GSC Terminal One, Seremban dan GSC Signature, KL.

gsc Boboiboy Movie 2

Anda boleh layari www.gsc.com.my untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan kombo GSC Boboiboy Movie 2 atau di semua media sosial GSC yang disertakan dengan  #GSCBoboiboyMovie2.

Jom beli tiket anda di kaunter GSC, aplikasi mudah alih GSC, dan E-Kiosk  hari ini juga!