Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara itu didapati berlaku setelah beberapa usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu golongan itu seperti pemberian permit import (AP) tetapi ia kemudian dijual kepada pihak lain.

“Ramai (golongan bumiputera) mendapat AP daripada kerajaan namun mereka berniaga pula AP tersebut. Inilah yang berlaku. Hakikatnya mereka mendapat AP secara percuma daripada kerajaan,” katanya pada Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini semalam.

Justeru, katanya, matlamat untuk membantu golongan bumiputera melalui dasar DEB tidak mencapai matlamat kerana wujud tabiat daripada segelintir mereka yang cuba mengaut keuntungan dengan cepat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.