Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohd. Nazam Harun berkata, acara itu akan diadakan di Taman Tasik Metropolitan, Batu.

Katanya, program itu bertujuan menambah semangat rasa cinta kepada Wilayah Persekutuan selain memastikan keharmonian serta perpaduan warganya terus dikekalkan demi kesejahteraan bersama selain temanya ‘Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera.’

“Juara pertandingan ini akan membawa pulang RM6,000 diikuti RM2,000 untuk naib juara dan ketiga bakal memperoleh RM1,000.

“Pemenang keempat hingga ke-10 akan menerima RM200, pemenang tempat ke-11 hingga 80 menerima RM100 setiap seorang begitu juga tempat di 81 hingga ke 100 menerima RM50 setiap seorang manakala tahun ini pihak DBKL turut menyediakan hadiah khas untuk pemenang ikan keli,” katanya ketika ditemui selepas sesi melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di tasik itu hari ini.

Tambahnya, 1000 peserta dijangka mengambil bahagian pada siri ini disebabkan faktor tasik yang memanjang dan mempunyai keunikan tersendiri kerana banyak spesies ikan terbaik termasuk tongsan, belida dan toman bersaiz 10 hingga 15 kilogram menanti kaki pancing.

Tambahnya lagi antara lokasi baru yang akan diadakan nanti antaranya Tasik Perdana Botani dan Tasik Sri Rampai manakala tasik lain yang menanti peminat kaki pancing Tasik Ampang Hilir, Tasik Metropolitan Kepong dan Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.
 
Yuran RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada sabtu nanti dari pukul 1 petang hingga 10 malam.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman Facebook jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-305 2811, 013-266 7011 dan 012-284 6811. - K! ONLINE