Turut ditahan berhubung kes sama ialah rakannya yang juga seorang wanita berusia 22 tahun di Shah Alam, Selangor untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Penahanan dua suspek itu merupakan susulan penangkapan dua wanita berusia 50 dan 60 tahun di Kuala Lumpur pada Khamis minggu lalu berhubung kes tipu pakej umrah di Temerloh dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 33 tahun berkenaan juga dipercayai dalang utama kes tersebut.

"Kedua-dua suspek ditahan pada pukul 7.21 malam untuk disiasat berhubung kes tipu pakej umrah membabitkan 19 mangsa di Temerloh dengan kerugian lebih RM40,000 pada tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahad lalu, Kosmo! Online melaporkan kumpulan suspek tersebut menawarkan pakej umrah pada harga serendah RM2,200 seorang, manakala kos selebihnya kira-kira RM5,000 akan ditanggung seorang individu bergelar Datuk.

Semua mangsa membuat laporan polis selepas kumpulan suspek berkenaan beberapa kali membatalkan penerbangan umrah pada Disember tahun lalu.

Mohd. Wazir menambah, kumpulan suspek berkenaan turut disiasat berhubung kes sama di Jerantut, Bentong dan Cameron Highlands. - K! ONLINE