Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.30 malam itu, mayat Datuk Seri Seikh Muhamad Seikh Sadarudin, 60, dari Bandar Bukit Tinggi, Klang ditemui terapung oleh anak saudaranya yang terselamat iaitu Mohamad Huzaifah Ahmad, 38, kira-kira 15 minit selepas kejadian itu.

“Seikh Muhamad dan Huzaifah sebelum itu dikatakan menaiki sampan untuk ke tengah laut untuk melihat pekerja mereka yang berada di atas tongkang.

“Semasa sampan tersebut berada kira-kira tiga kilometer dari pesisir pantai dan tidak jauh dari tongkang, ombak tinggi melanda dan menyebabkan sampan tersebut karam,” kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian malam kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.