Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed memberitahu, Allahyarham yang berusia 50 tahun meninggal dunia di Hospital Pantai pada pukul 8.04 pagi.

“Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Joani Sofina Othman, 49, dan sepasang anak lelaki dan perempuan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Allahyarham dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas BDB pada Ogos 2013 dan kemudian me­nyandang jawatan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada Februari 2014.

Izham yang berasal dari Serdang, Bandar Baharu di Kulim, Kedah turut menjadi ahli Lembaga Panel Pelaburan Tabung Haji pada 1 Oktober 2017.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.