Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata,  kajian menyeluruh akan dijalankan secepat mungkin agar harga minimun rumah kos rendah dapat diseragamkan memandangkan pendapatan golongan berpendapatan rendah (B40) bagi negeri ini lebih rendah berbanding semenanjung.

"Kita akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak dan Menteri Perumahan Tempatan Negeri bagi membincangkan perkara itu agar harga rumah mampu milik dapat diseragamkan sebelum kita umumkan kelak.

"Jika harga minimum ini ditetapkan maka para pemaju tidak boleh menaikkan harga rumah sesuka hati," katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Projek Program Perumahan Rakyat Samarahan di sini hari ini.

Zuraida berkata, melalui polisi baharu itu, spesifikasi sebuah rumah harus mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 1,000 kaki persegi.

"Selain keluasan, kementerian juga mahu pemaju yang mengendalikan projek itu nanti menyediakan kemudahan yang sempurna seperti surau, tadika dan taman permainan yang boleh menampung kapasiti penduduk di taman perumahan itu. - Bernama