"Ini yang diamalkan dalam penggubalan dasar-dasar ekonomi di Selangor. Justeru, dengan pengalaman  saya yang tidak seberapa di Selangor (selaku Menteri Besar sebelum ini), kita boleh kembangkan  amalan ini ke peringkat nasional dan lihat sejauh mana dasar-dasar ekonomi kita boleh memberi manfaat kepada  seluruh rakyat Malaysia.

"Semakan semula Dasar Ekonomi Baharu (DEB) ini bertujuan memastikan ia memenuhi keperluan dan aspirasi semua rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata, DEB tidak akan digantikan sepenuhnya namun jika ada keperluan, dasar baharu akan diperkenalkan seiring dengan hala tuju baharu kerajaan PH.

Katanya, perkara itu akan dilihat oleh Unit Perancang Ekonomi dan beliau berharap sebahagian daripada dasar baharu jika perlu akan diperkenalkan semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia (RMK) ke-11 pada November ini. - Bernama