Jho Low ahli perniagaan dikehendaki bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB), mungkin menaiki kereta atau pesawat persendirian untuk tiba di tanah besar China.

“Kedudukan sebenar Jho Low sebaik meninggalkan Hong Kong untuk ke hab kasino mewah dunia di Macau ketika berdepan waran tangkap Interpol tidak jelas,” lapor akhbar itu.

Bagaimanapun, sumber-sumber memberitahu akhbar itu, pihak keselamatan Macau tanpa ragu-ragu menyebut bahawa Jho Low, 37, kini berada di China.

Ketua polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semalam memberitahu, Jho Low meninggalkan Macau untuk ke destinasi yang tidak diketahui.

Bulan lalu, Bukit Aman memohon Interpol bagi memburu Jho Low yang dikehendaki polis Malaysia dan Singapura untuk membantu siasatan kes 1MDB.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.