Pengasas DARC, Terry Teo berkata, kejohanan itu dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat menunggang kuda dalam kalangan penunggang-penunggang kelab tersebut.

“Ini merupakan tahun ketiga DARC mengadakan kejohanan tertutup kepada ahli kelab DARC untuk memberi peluang kepada mereka mempamerkan kebolehan seni menunggang kuda.

“Ia juga adalah usaha kami untuk mencungkil bakat dan memberi pendedahan awal dalam membangunkan lagi sukan equestrian negara,” katanya kepada Kosmo!.

Kejohanan tersebut turut mendapat tajaan daripada Equine Nutrition Australasia (ENA).

Dalam pada itu, Terry berkata pertandingan hari ini melibatkan tiga kategori iaitu kategori rendah, sederhana, dan tinggi.

“Pengadil akan menilai peserta dari segi persefahaman antara penunggang dan kuda mereka dan juga kelancaran mereka menunggang haiwan tersebut,” ujarnya.

Pemenang kategori rendah dimenangi oleh Adebb Harith Azizan manakala kategori sederhana dimiliki oleh Lili Nora Koronics.

Bagi juara kategori tinggi pula dimenangi oleh Zoe Zohal Zarrabi. - K! ONLINE