Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A. Hamid berkata, pemberian ganjaran ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan diberikan apabila pelaku kesalahan yang membuang sampah secara haram diberikan kompaun dan notis.

Katanya, ganjaran ini hanya melibatkan pembuangan sampah oleh kenderaan berat sahaja seperti lori bermuatan satu tan ke atas.

“Sebagai bukti, pemberi maklumat perlu mengambil gambar lokasi, nombor pendaftaran kenderaan, tarikh kejadian dan masa kejadian yang jelas bila aktiviti pembuangan sampah haram tersebut dilakukan.

“Selain itu, pemberi maklumat perlu mengisi borang yang disediakan di Unit Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MDKL serta bersetuju menjadi saksi di mahkamah sekiranya kes berkenaan dibawa ke peringkat perbicaraan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Zain berkata, maklumat-maklumat yang disampaikan kepada MDKL ini adalah menggunakan asas aduan yang pertama diterima (first-come basis) dengan mengambil kira maklumat yang lengkap, tepat dan sahih.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mentaliti serta sikap yang tidak bertanggungjawab ini mengakibatkan usaha untuk memastikan penduduk menikmati satu kehidupan yang bersih.

“MDKL sentiasa memastikan pelaku ini dapati ditangkap dengan tindakan maksimum akan dikenakan tanpa kompromi,” katanya. -K! ONLINE