Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, untuk itu jumlah pembayaran yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan adalah sebanyak RM1,691,822,628.05.

Berdasarkan kepada jadual pembayaran balik, tarikh pembayaran berikutnya adalah pada 30 September 2019 melibatkan amaun sebanyak RM43,023,748.31 (faedah).

"Jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada baki pembiayaan sebanyak RM3,807,858,447.99 yang akan berakhir pada 2022," katanya.

Lim berkata, Kementerian Kewangan akan memastikan peruntukan secukupnya disediakan bagi menyelesaikan pembiayaan berkenaan kepada KWAP, yang membuktikan kemampuan kerajaan (sungguhpun terdesak dalam aspek fiskal) untuk menguruskan beban kewangan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu. - Bernama