Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, siasatan terhadap Mohd Shafie telah dijalankan menurut Seksyen 17a Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bermula 21 April tahun lalu.

"Kertas siasatan dibuka pada 21 April 2017 dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Kanan Persekutuan SPRM pada 23 Mei tahun ini.

"Setelah meneliti semua keterangan, pendakwa raya telah memutuskan pada 20 Jun tahun ini bahawa tiada pendakwaan diteruskan atau 'No Futher Action' (NFA) kerana bukti yang diperoleh tidak mencukupi bagi tindakan selanjutnya," katanya ketika sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu perkembangan terbaharu kes rasuah melibatkan Mohd. Shafie. - Bernama