Beliau berkata, isu berkenaan tidak seharusnya timbul dan pihaknya akan mengekalkan logo tersebut dalam kempen promosi TMM 2020. 

“Orang yang mendalami dalam bahasa Inggeris akan tahu apa maksud yang ditulis. mengenai logo diciplak, pereka grafik dapat ijazah kelas pertama dan dapat anugerah, tidak ada ‘copy right’ (hak cipta) dalam isu ini.

“Saya hormati semua pandangan. Tidak ada sebab untuk kita tidak kekalkan logo ini, kita kekalkan sebab kritikan tidak berasas dan bukan kritikan yang bijak, kalau kritikan yang bijak kita lihat dengan baik,” katanya selepas merasmikan Pameran Reproduksi ‘Leonardo Opera Omnia’ di Balai Seni Negara di sini hari ini.

Isu logo TMM 2020 yang dilancarkan semalam didakwa diciplak dan mempunyai kesilapan susunan perkataan pada slogannya mula tular di media sosial hari ini. - K! ONLINE