dahmakan
Weins (kiri), Deverre (tengah) bergambar bersama Chef Eksekutif, Riza Ismail di pejabat dahmakan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama dahmakan, Jonathan Weins berkata, antara menu ditawarkan adalah rendang ayam dan ayam percik yang disediakan oleh cef dari hotel lima bintang untuk dinikmati ketika waktu makan tengah hari serta makan malam.

“Rakyat Malaysia memang gemar makan dan mempunyai citarasa yang baik apabila menyentuh tentang hidangan kegemaran masyarakat tempatan seperti nasi lemak, rendang dan kari.

“Kami di dahmakan, sangat menitikberatkan aspek kualiti makanan. Kami ingin memastikan bahan-bahan yang digunakan adalah terbaik dan sekali gus tidak berkompromi dari segi rasa serta aroma makanan tersebut,” katanya.

 

dahmakan
Menu ayam percik menggunakan santan Ayam Brand antara hidangan yang ditawarkan oleh dahmakan.

 

Sementara itu, Penasihat Pemasaran Strategik Ayam Brand Malaysia, Nathan Deverre berkata, kerjasama tersebut dilihat dapat menarik pelanggan baharu bagi kedua-dua belah pihak yang menginginkan hidangan dengan rasa santan sebenar.

“Ayam Brand mengutamakan kebaikan, kepelbagaian dan kemudahan santan sejak bertahun-tahun lamanya.

“Kerjasama dengan dahmakan membolehkan kami menarik pengguna baharu yang pasti menghargai kualiti rasa santan dalam hidangan makanan tempatan,” katanya.

 

dahmakan
Dahmakan turut menyediakan menu ayam rendang yang dihasilkan menggunakan santan Ayam Brand.

 

Kolaborasi antara dahmakan dan Ayam Brand tersebut akan berlangsung selama tiga bulan bermula 29 Jun lalu dan tempahan boleh dibuat di laman web https://dahmakan.com/menu atau aplikasi dahmakan yang boleh dimuat turun melalui AppStore dan Google Play Store.

Tempahan makanan akan dihantar dalam masa 45 minit selepas tempahan dilakukan terus ke rumah atau pejabat. – K! ONLINE