Dalam serbuan bermula pada pukul 10.15 malam itu, seramai tujuh individu termasuk dua wanita berusia lingkungan 26 hingga 52 tahun yang dipercayai ahli sindiket terbabit turut diberkas.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din, berkata, serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) hasil perkongsian maklumat daripada Polis Biro Narkotik (PNSB) dari Thailand serta Pusat Biro Narkotik dari Singapura.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 8.2 kilogram (kg) dadah disyaki syabu, 1.5kg (heroin), 605 gram (ketamin), 2,205 (pil khayal), 1,101 (pil Erimin 5) serta 3,950 pil disyaki ekstasi telah dirampas.

“Polis juga turut menyita wang tunai bernilai RM144,756, pelbagai jenis barang kemas serta tujuh kereta mewah jenis Audi A4, BMW 528i, BMW 6 Series, Honda Accord, Kia Optima, Toyota Estima dan dua Honda Civic yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM915,553,” kata­nya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.