Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Amer Awal berkata, suspek berumur 20-an itu ditangkap di tempat letak kereta sebuah stesyen minyak di simpang Ngu, Batu Niah Jalan Miri-Bintulu dan dipercayai seorang daripada anggota sindiket yang mula aktif mengedar dadah tahun ini.

"Dadah yang dirampas ialah methamphetamine seberat 2,578 gram, ganja (3516.38 gram), pil erimin 5 sebanyak 1,230 biji, pil ekstasi 3,568 biji dan pil dadah jenis yaba 950 biji," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, rampasan dadah itu dilakukan di dua lokasi berbeza iaitu  di simpang Ngu diikuti dan di sebuah rumah kediaman di Tanjung Lobang pada hari sama.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," katanya. - Bernama